Al Amin..
~~
Di Keheningan malam,tatkala aku sedang leka menonton televisyen tiba tiba 'PRANG'.Gelas yang kupegang terhempas ke lantai dengan sendirinya tanpa aku sedari.Hatiku tertanya tanya adakah ini kerana kelekaanku yang teringat pada sahabat karibku,Al Amin yang telah pergi menghadap illahi terlebih dahulu.Namun semua kenanganku bersamanya tidak dapat aku lupakan.
Suatu hari,aku ditawarkan bersama rakan rakanku untuk mengikuti rombongan bersama ke Karnival keusahawanan Muda yang dianjurkan oleh Kementerian Keusahawanan Malaysia.Pada waktu itu,kami berasa sangat teruja kerana tidak perlu menghadiri kelas pada hari itu dan kami sebulat suara mengatakan 'YA'.Tidak lama kemudian,Amin masuk ke kelas selepas selesai menjalani latihan nasyid peringkat kebangsaan.Aku mengajaknya untuk turut sama mengikuti rombongan itu.Tetapi Amin tidak dapat mengikutinya kerana Amin terlibat dengan latihan Nasyid yang turut diikutinya pada masa yang sama rombongan itu berlaku.Pada riak wajahnya,aku mengerti dengan jelas terpancar pada riak wajahnya rasa kecewa kerana tidak dapat bersama sama kami.
Selepas rombongan itu,aku berasa amat bangga apabila melihat wajahku dan rakan rakanku terpapar di surat khabar yang agak terkenal di negara ini.Tetapi tidaklah sebesar gambar Siti Nurhaliza yang boleh dijadikan poster.Aku pun menunjukkan kepada Amin,gambar yang menjadi kebanggaanku yang telah siap dibingkaikan.Amin dengan bangganya mengatakan ''Kau tengoklah nanti!Gambar aku lagi besar dari gambar kau!!Siap terpampang di muka depan surat akhbar di Malaysia!!Kau tunggu la!!..''Aku tergelak besar mendengar percakapannya yang penuh yakin itu.Yang ada difikiranku hanyalah''Dia mesti cemburu denganku''Lantas aku membalas ''dengkilah tu.''
Hari demi hari,peperiksaan SPM semakin hampir.Aku rajin mengulangkaji pelajaran bersama Al Amin,bergurau senda dan kadangkala makan pun bersama.Pernah suatu ketika,waktu itu belum masa rehatku.Aku dan Amin telah keluar lebih awal.Akhirnya,kami ditangkap di kantin sekolah telah menjadi bahan ejekan di kelasku.Sejak itu,aku tidak berani lagi untuk keluar sebelum tibanya waktu rehat yang telah ditetapkan.
Masa beralu begitu pantas.Hampir seminggu lagi peperisaaan percubaan SPM akan tamat.Sikapnya terhadapku berubah menjadi amat mesra sejak akhir akhir ini membuatkan aku sangat hairan.Aku pun tidak memikirkan apakah puncanya Amin berkelakuan begitu kerana orangnya memnang sentiasa berkelakuan pelik.Petang itu,Amin menelefonku kerana ingin memesan roti john,tetapi aku tidak menghiraukannya,ketika itu,aku berkata'' kau ni...apa mimpi nak makan roti john ni??Aku tak ada duit laa..'' Amin membalas ''boleh la..kali ni je..aku teringin sangat nak makan roti john ngan kau..mana tahu,ini kali terakhir aku makan roti john dengan kau.Aku nak pergi dah''..''Kau nak pergi mana??''.''Ada laa..yang pasti jauh dari sini.Kau tak payah tahulah''..''Suka hati kau lah Amin..aku ade kerja ni..bye!''
Keesokan harinya,
...Terbangkitnya aku dari sebuah kematian,seakan ku dengari tangisan mereka yang ku tinggalkan...''kedengaran suara Amin menyanyi dengan gembirannya tatkala hari itu.Oleh kerana keadaan kelas yang tidak terkawal ketika itu,aku menjerit kepadanya ''Hoi Amin!!Diamlah!!Aku tahulah kau ni ahli nasyid sekolah.Tak payahlah nak tunjuk tunjuk''Amin membalas ''Oklah.Aku diam.Duduk lah sini borak borak dengan aku.''Aku pun menurut kehendaknya lalu duduk di sebelahnya.''Aku tak sabar laa nak raya.Tahun ni aku ingat nak beli baju raya warna putih.Macam baju orang yang nak nikah tuu..mesti aku kacak macam p.Ramlee kan..haha''aku hanya mencebik.Malas untuk melayan ceritannya yang seakan mula berfantasi.
Beberapa jam kemudian..
Selepas solat Manghrib.Telefon bimbitku berdering dering dengan irama lagu sami yusuf..''Open your Eyes''.Aku segera mengangkat panggilan itu dengan rasa girang kerana tentera nama Al Amin di situ.Tidak ku sangka,rupa rupanya panggilan itu daripada abangnya.Aku hairan kerana dari nada suaranya,aku dapat mengagak yang dia begitu sedih.Dengan perasaan ingin tahu,aku menenangkan abangnya dan menanyakan apa yang telah terjadi.Lalu abangnya berkata'' Al...Al..Amin..Amin..amin dah pergi''dengan selambanya aku berkata'' pergi kemana bang..?''dia dah pergi tinggalkan kita buat selama lamanya..''Aku tergamam.Tanpa aku sedari,air mataku mengalir membasahi pipi.
Rupa rupanya, Al Amin kemalangan kerana ingin bertemuku.Menurut abangnya,dia terasa rindu kepadaku dan tidak mempunyai masa yang lama lagi.Sekarang ini,barulah aku mengerti.Ketika Al Amin menyatakan keinginannya untuk makan Roti John bersamaku hanyalah sekadar alasannya untuk bertemu denganku.Aku juga tidak menyangka bahawa kata katanya yang penuh yakin bahawa gambarnya akan tersiar di dada akhbar menjadi kenyataan.Maafkan aku..Amin.
Airmataku terus mengalir.Aku berasa terkilan kerana tidak dapat bertemunya untuk kali terakhir.ANDAI ITU TAKDIRNYA AMIN,AKU TERIMA DENGAN HATI YANG REDHA DAN BERHARAP AGAR ROH KAU DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DI SISINYA.
Kini setahun sudah Al Amin meninggalkanku keseorangan..kenangan kami bersama sentiasa tersemat di sanubariku..Kini,yang mampu aku berikan kepada Al Amin hanyalah Al Fatihah...
~Al - Fatihah~
Hasil nukilanku..
Ermmm
(3*1)Yang sentiasa merindui Al Amin(Amin)
Cintakan harta benda,ia akan hancur suatu hari nanti,cintakan makhluk ia akan pergi suatu hari nanti, cintakan Allah kekal selamanya..Syukran
Tidak ada komentar:
Posting Komentar